Wah, saya kaget juga. Bagaimana nak menjadi mentor kepada budak-budak pandai ni ya? Ilmu yang ada pun, aduhai, banyak yang berlubang-lubang ;p
-----------------------------
"...dipilih Tuhan"
2 hari bersama, banyak ilmu yang kami tukar-tukar. Bincang konsep ketuhanan, apa itu khalifah, zikir dan fikir. Syukur, saya masih bisa gilap ilmu-ilmu di dada. Berpeluang juga tambah pengalaman dan mencurah sedikit sebanyak ilmu yang ada.

Inilah latihan kami dalam Akademi Fasilitator. Tunjang pertama modul latihan lebih berkonsepkan ilmu tauhid. Kata bos besar "biar dalam hati kita ada 'kekuatan' baru boleh menjadi fasilitator yang baik"
Ini sekarang, saya rasa masih 'hijau' dalam bidang fasilitator. Di dunia ini, saya belajar banyak. Sangat banyak. Acapkali, boleh toleransi ilmu di kelas dan pengalaman berprogram.
---------------------------
Tuhan itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Sering saya fikir, petunjuk Tuhan itu ada di mana-mana. Dan, Tuhan tak pernah tinggalkan kita terkontang-kanting. Bila-bila tahu dan mahu berfikir, kita pasti jumpa hidayah. Pasti bersua petunjuk yang membawa kita kembali ke jalanNya.
Saat saya hisab-hisab diri, saya rasa tak mampu nak sampaikan ilmu Tuhan yang terlalu luas. Tapi, dalam tak sedar saya sebenar merasa inilah cara Allah menarik saya kembali. Kembali menghisab diri yang lama terlupa.

Syukur. Dalam kelekaan, Allah tegur saya. Rasa benar dibimbing. Biar rutin saya tak se'mewah' dulu, tapi rasa rindu benar-benar buat saya mengenang pada zaman silam. Saya dan dunia fasilitator. Satu ruang mencari diri dan mendekati hikmah.
Saya tak kamil. Sungguh dhoif. Tapi, dengan hasilan dan minat inilah..saya masih betah menjadi bahagia. Menjadi pencetus kepada orang yang memerlukan. Ia, bahagia melihat orang lain bahagia.
Saya cuba memahamkan diri, tarbiah Tuhan ada dan selalu ada. Jika hanya kita tahu, dan mahu milikinya.
No comments:
Post a Comment